Monday, November 30, 2009

TIP-TIP BELAJAR LUAR BIASA.HUHUHU

Cara Belajar Superman
Cara belajarnya tenang. Waktu belajarnya sekejap sahaja. Skimming kata orang. Tak perlu buat latihan, kerana dengan skimming tu mereka putar belit jawapan peperiksaan. memang hebat. Dari satu huruf boleh pusing jadi satu esei beb! Yang paling penting, soalan peperiksaan akhir semua dia tahu. Cepat sahaja. Mungkin dapat dengar kot, apa yang pensyarah sedang bincang. Yerlah, superman kannn…

Cara Belajar Apek Surat Khabar Lama
Pernah lihat apek ni?
Surat khabar lamaaaa… Surat khabar lama….

Begitulah cara belajar orang camni.
Waaaa… aku tak study lagi, kau study dah?

Itu yang dia ulang-ulang sampai merendahkan moral orang lain yang sedang kusyuk mentelaah. Ekspresi kecewa tak study tu diulang-ulang, sambil makan Twisties depan TV!

Cara Belajar Katak Bawah Tempurung
Belajar-dan terus belajar. Kuat sungguh. Sentiasa menelaah apa yang dipelajari. Dari satu perkataan- ke satu perkataan dihafalnya. Soalan objektif memang skor habis. Soalan esei, bila pensyarah pusing sedikit, mulalah terkapai-kapai.. Jumpa pensyarah, kata, dia tak ajar. Padahal diri sendiri, belajar membabi buta.

Cara Belajar Si Burung Hantu
Siang, rehat sepuas-puasnya. Main futsal dan sebagainya. Malam dia study. Study habis habisan. Lepas tu, canang kat orang. Dialah paling hebat study sampai tak tidur malam. Chaipppp….

Cara Belajar Mesin Fotokopi
Dalam kelas, kepala tersengguk-sengguk, tangan kejong, keras. Orang lain salin nota, dia lukis gambar kartun. Nak auta pensyarah lah tu. Bila dapat kerja, mula dia fotokopi jawapan. Bila nak dekat periksa, mulalah terhegeh-hegeh fotokopi nota orang lain. Malah ada yang fotokopi masa peperiksaan!

Cara Belajar Al-bayan
Kamu tahu al-bayan tu apa? Himpunan Hadis-hadis sahih. Caranya, hafazkan hadis-hadis tersebut. Masalahnya, statistik, dan kalkulus pun mahu dihafal. Hafal jalan kerja, malah jawapannya sekali! Dia ingat, semua benda kat dunia ni, perlu dihafal ke?

Cara Belajar Kura-kura
Belajar perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Bermula dari awal semester. Habis kelas buat nota, dekat periksa buat latihan. Macam kura-kura, hidupnya lama, maka begitulah juga dengan kesan belajar sebegini. Ilmunya akan kekal lama. Kalau berkat, InsyaAllah A dalam genggaman.

Eh, bagaimana kamu belajar?

Sebenarnya, saya tengah tertekan ni...

No comments:

Post a Comment