Monday, November 30, 2009

RESIPI KEJAYAAN

Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
8 sudu the rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

TIP-TIP BELAJAR LUAR BIASA.HUHUHU

Cara Belajar Superman
Cara belajarnya tenang. Waktu belajarnya sekejap sahaja. Skimming kata orang. Tak perlu buat latihan, kerana dengan skimming tu mereka putar belit jawapan peperiksaan. memang hebat. Dari satu huruf boleh pusing jadi satu esei beb! Yang paling penting, soalan peperiksaan akhir semua dia tahu. Cepat sahaja. Mungkin dapat dengar kot, apa yang pensyarah sedang bincang. Yerlah, superman kannn…

Cara Belajar Apek Surat Khabar Lama
Pernah lihat apek ni?
Surat khabar lamaaaa… Surat khabar lama….

Begitulah cara belajar orang camni.
Waaaa… aku tak study lagi, kau study dah?

Itu yang dia ulang-ulang sampai merendahkan moral orang lain yang sedang kusyuk mentelaah. Ekspresi kecewa tak study tu diulang-ulang, sambil makan Twisties depan TV!

Cara Belajar Katak Bawah Tempurung
Belajar-dan terus belajar. Kuat sungguh. Sentiasa menelaah apa yang dipelajari. Dari satu perkataan- ke satu perkataan dihafalnya. Soalan objektif memang skor habis. Soalan esei, bila pensyarah pusing sedikit, mulalah terkapai-kapai.. Jumpa pensyarah, kata, dia tak ajar. Padahal diri sendiri, belajar membabi buta.

Cara Belajar Si Burung Hantu
Siang, rehat sepuas-puasnya. Main futsal dan sebagainya. Malam dia study. Study habis habisan. Lepas tu, canang kat orang. Dialah paling hebat study sampai tak tidur malam. Chaipppp….

Cara Belajar Mesin Fotokopi
Dalam kelas, kepala tersengguk-sengguk, tangan kejong, keras. Orang lain salin nota, dia lukis gambar kartun. Nak auta pensyarah lah tu. Bila dapat kerja, mula dia fotokopi jawapan. Bila nak dekat periksa, mulalah terhegeh-hegeh fotokopi nota orang lain. Malah ada yang fotokopi masa peperiksaan!

Cara Belajar Al-bayan
Kamu tahu al-bayan tu apa? Himpunan Hadis-hadis sahih. Caranya, hafazkan hadis-hadis tersebut. Masalahnya, statistik, dan kalkulus pun mahu dihafal. Hafal jalan kerja, malah jawapannya sekali! Dia ingat, semua benda kat dunia ni, perlu dihafal ke?

Cara Belajar Kura-kura
Belajar perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Bermula dari awal semester. Habis kelas buat nota, dekat periksa buat latihan. Macam kura-kura, hidupnya lama, maka begitulah juga dengan kesan belajar sebegini. Ilmunya akan kekal lama. Kalau berkat, InsyaAllah A dalam genggaman.

Eh, bagaimana kamu belajar?

Sebenarnya, saya tengah tertekan ni...

CUTI SEM PRA-UNIVERSITI..DAN SEBALIKNYA....

huhuhuhuhu...sedih nie,time cuti-cuti pun berlambak-lambak tugasan..penat la jugak..tp tidak mengapa kerana dah memang tugas kita dan ingin berjaya..so berkoban la demi mase depan....kalau tak tau something pasal tugasan saya mesti tanya kawan lain..alhamdulillah la sume membantu...tapi saya belajar tidak face to face tapi online jew..kita pakai teknologi la..kate dah maju.hahahaha...tapi tue la saya bersyukur sangat kerana ada sahabat yang sanggup membantu saya time memerlukan dan sewaktu kebuntuan..saya juga banyak dibantu oleh cikgu-cikgu untuk saya sentiasa fokus time belajar...mereka banyak memberikan motivation pada saya..mereka memberikan semangat supaya saya berjaya dan capai cita-cita saya...seorang cikgu(tu......) yang membantu saya hingga hari ini yang tidak pernah putus memberikan semangat pada saya setiap kali saya measakan jatuh..cikgu itu sentiasa membangunkan kembali semangat ini...alhamdulillah....saya cepat sangat terleka dengan persekitaran..emmm..cikgu nie lah yang banyak memberikan tip-tip belajar dan satu lagi beliau sentiasa berpesan "doa adalah senjata untuk berjaya dan doa mesti seiring dengan usaha"ini lah kate-kate yang selalu bermain dalam diri saya sentiasa....harap dapat dipraktikan kepada sume juga...